fbpx

[KEMASKINI] Suami isteri maut dipercayai terkena renjatan elektrik pemanas air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba dan polis mengusung jenazah suami isteri yang ditemui mati di dalam bilik air, sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap di sini hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Pasangan suami isteri yang ditemui mati di dalam bilik air dipercayai akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air di sebuah rumah di tingkat dua Taman Puncak Tringkap, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu kedua-dua suami isteri yang berasal dari Sarawak itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mangsa lelaki yang berumur 46 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik menyebabkan isteri dan anaknya bergegas ke bilik air melihat mangsa yang rebah.

“Isteri mangsa kemudiannya meminta anak mencari kayu dan apabila anaknya kembali ke bilik air berkenaan mendapati ibunya turut rebah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital dan berdasarkan kesan awal mangsa dipercayai terkena arus elektrik daripada alat pemanas air.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI