fbpx

Gajah ‘suci’ Sri Lanka mati pada usia 68 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berkumpul berhampiran bangkai Raja di bandar Weliweriya pada Isnin lalu. - AFP

COLOMBO – Seekor gajah yang dianggap suci di Sri Lanka dilaporkan mati pada usia 68 tahun dan mencetuskan kesedihan di seluruh negara, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Presiden Gotabaya Rajapksa mengarahkan agar bangkai haiwan itu diawet untuk generasi akan datang.

Pada Isnin lalu, beribu-ribu penduduk berkumpul di pinggir ibu negara, Colombo untuk memberi penghormatan terakhir kepada gajah bernama Nadungamuwa Vijaya Raja atau lebih dikenali sebagai Raja. 

Mamalia yang diisytiharkan sebagai harta negara oleh Gotabaya itu dianggap sebagai gajah jinak terbesar di Asia.

Menurut akhbar The Guardian, gajah itu diserahkan kepada ahli-ahli taksidermi pada Isnin lalu untuk diawet selepas upacara pengebumian mengikut agama Buddha dilakukan.

Raja yang dilahirkan di bandar Mysore di selatan India pada 1953 adalah salah satu daripada dua anak gajah yang dihadiahkan oleh Raja Mysore kepada seorang sami pakar perubatan Sri Lanka. Ia sebagai tanda terima kasih kepadanya kerana menyembuhkan salah seorang kerabat diraja daripada penyakit.

Sementara itu, meskipun masih belum dipertimbangkan, langkah untuk memilih pengganti Raja dijangka memerlukan proses yang panjang.

Mengikut tradisi, hanya gajah tertentu dengan ciri fizikal yang sangat spesifik boleh dipilih untuk peranan suci itu. Gajah yang dipilih mestilah daripada kasta tertentu yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang istimewa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI