fbpx

Rashford calon pengganti Mbappe di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya di United kerana mahu fokus untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama di Old Trafford. – AFP

LONDON – Bintang sensasi Manchester United, Marcus Rashford berada dalam senarai Paris Saint-Germain (PSG) sebagai calon untuk menggantikan Kylian Mbappe, sekali gus menyaksikan The Red Devils berdepan perpindahan beramai-ramai penyerang dari Old Trafford musim panas ini.

Masa depan Rashford sema­kin tidak menentu memandang­kan kontraknya menghampiri tahun terakhir, manakala Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Anthony Martial turut mempertimbangkan untuk berhijrah keluar.

Rashford yang juga penyerang antarabangsa England mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya dan dia dikatakan sedang memikirkan masa depannya menjelang jendela perpindahan nanti.

Sumber dalam kelab menegaskan, Rashford belum membuat sebarang keputusan dan fokus untuk mendapatkan semula prestasi terbaik untuk merebut semula tempat dalam kesebelasan utama di Old Trafford.

Bagaimanapun, produk akademi United itu masih belum pasti menandatangani perjanjian baharu dengan The Red Devils terdesak untuk kehilangan penye­rang itu secara percuma.

Masalahnya adalah Rashford tidak diturunkan dalam kese­belasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menentang Southampton pada 12 Februari lalu.

United akan melantik pengurus baharu pada musim depan dan sebarang keputusan Rashford untuk masa depannya bakal bergantung kepada pengganti Ralf Rangnick.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino yang dise­but-sebut sebagai calon utama untuk mengisi jawatan itu merupakan peminat besar kepada Rashford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI