fbpx

Kanak-kanak, wanita, pesalah juvana dikecuali gari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tahanan kanak-kanak, pesalah wanita termasuk ibu mengandung, pesalah juvana serta mereka yang uzur atau lanjut usia akan dikecualikan daripada digari.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, walaubagaimanapun, jika mereka bertindak agresif dan boleh mendatangkan bahaya kepada petugas pengiring dan orang lain penggunaan gari wajar digunakan.

Jelas KDN, perkara itu termaktub dalam garis panduan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan gari terhadap orang kena tahan (OKT) dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

“Gari digunakan bertujuan membawa OKT ke mahkamah untuk reman, sambung reman, boleh tuduh semula, boleh jamin polis, tuduh, siasatan oleh pegawai penyiasat atau mengiring OKT ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Penggunaan gari adalah mengambil kira jenis kesalahan atau kesalahan yang mana tahanan ditangkap; sikap dan pemikiran tahanan; dan keadaan serta jangka masa mengiring,” jelas KDN melalui jawapan lisan di Parlimen hari ini.

Jawapan tersebut dikeluarkan bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu dasar agensi penguat kuasa, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menentukan kategori suspek dan tertuduh yang perlu memakai baju lokap dan gari bagi mengelakkan wujud amalan pilih kasih dan rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI