fbpx

PRN Johor : Peratusan mengundi awal 87 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis beratur sebelum melakukan proses undian awal di Dewan Dato Onn, IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 18,625 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia dan pasangan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu mencatatkan 87 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi awal yang layak mengundi iaitu seramai 22,531.

“Hari ini telah berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15 bermula pukul 8 pagi.

“Sejumlah 87 peratus iaitu 18,625 pengundi awal terdiri daripada pegawai, anggota ATM dan PDRM serta pasangan telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor yang bermula pukul 8 pagi melibatkan premis PDRM dan ATM.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada PRN kali ini dengan hari pengundian PRN Johor ditetapkan Sabtu ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI