fbpx

Penganggur miliki dadah dipenjara 12 tahun, 13 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Adam (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah setelah dihukum penjara 12 tahun dan 13 sebatan kerana memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Padah memiliki dadah jenis methamphetamine dan heroin pada tahun lalu, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani juga memerintahkan tertuduh, Mohamad Adam A. Rahaman dikenakan 13 sebatan atas kesalahan dua pertuduhan memiliki dadah terbabit.

Beliau memutuskan demikian selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan termasuk salah satunya pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkenaan.

Sebelum ini, Mohamad Adam yang diwakili peguam, Mohd. Kamaruzaman A. Wahab menghadapi pertuduhan mengedar dadah jenis heroin mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 18.86 gram di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Terengganu pada 25 Februari 2021.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohamad Adam didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 25.20 gram di lokasi, tarikh dan masa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI