fbpx

Penduduk berebut kutip wang ‘jatuh dari langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penduduk sedang merebut wang di kawasan tanah lapang yang dikatakan ditabur oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan situasi penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah  berebut-rebut mengutip wang kertas yang ‘jatuh dari langit’, lapor laman Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video tersebut, sekumpulan penduduk sedang merebut wang di kawasan tanah lapang yang dikatakan ditabur oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya.

Mereka kelihatan berebut-rebut mengutip wang-wang itu sehingga ada antaranya yang terjatuh.

Wang kertas yang ditabur itu dilaporkan bernominasi 50,000 rupiah (RM14.50) dan 100,000 rupiah (RM29).

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Adakah dia berasa gembira melihat orang ramai berebut-rebut begitu? Kasihan dengan penduduk kampung. Wang tidak dapat membeli etika,” kata seorang netizen.

“Niatnya baik cuma caranya tidak sesuai. Lebih baik kalau dimasukkan wang kertas ke dalam sampul dan diagihkan satu persatu atau diberikan dari satu pintu ke pintu rumah,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI