fbpx

ADUN PBM bekerjasama dengan kerajaan negeri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Chong (tengah) bersama ahli jawatan kuasanya menunjukkkan manifesto PBM yang baru dilancarkan sempena PRN Johor di Pejabat PBM, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. : Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia untuk menjalin kerjasama politik dengan parti atau gabungan yang menubuhkan kerajaan negeri selepas 12 Mac ini sekiranya calon mereka diberi mandat oleh rakyat.

Naib Presiden Kanan PBM, Steven Choong Shiau Yoon berkata, rancangan tersebut dibuat bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka berkhidmat dengan lebih berkesan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, perkara itu hanya boleh dilaksana sekiranya mereka bekerjasama dan berpihak kepada blok kerajaan.

“Memang kita hanya bertanding di empat kerusi DUN, dan sekiranya kami ada wakil, kita akan sokong kerajaan negeri baharu kerana itu kaedah terbaik untuk menyumbang secara positif kepada rakyat.

“Langkah yang dibuat ini sama seperti pendirian PBM di peringkat pusat iaitu wakil-wakil rakyat kami menyokong kerajaan semasa, jadi di peringkat negeri juga sama,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran manifesto PBM untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI