fbpx

TNB tutup sebanyak 40 pencawang elektrik ekoran banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sebanyak 40 pencawang elektrik ekoran banjir kilat yang berlaku di ibu kota hari ini.

Menerusi satu hantaran di Faceook TNB Careline berkata, susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna.

“Antaranya pencawang di Royal Cendana, BukIt Aman, Hospital Tang Lin, Jalan Kebun Bunga, The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang serta Suria Stonor.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

“Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Bomba Selangor menerima laporan lebih 50 lokasi di negeri Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sebentar tadi.

Namun, setakat ini tiada mangsa yang terlibat dengan pemindahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI