fbpx

Lelaki tertekan perut membusung seperti hamil 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perut Gary kini membusung seperti wanita hamil sembilan bulan selepas menjalani pembedahan apendiks setahun lalu. - MEN Media

LONDON – Seorang lelaki berdepan dengan kesengsaraan apabila memiliki perut yang kelihatan seperti sedang hamil sembilan bulan akibat kesan jahitan pembedahan apendiks yang tidak kemas, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Gary Urien, kini menghidap masalah hernia atau angin pasang yang membuatkan perutnya membusung seperti wanita hamil.

Isterinya, Julia, berkata, keadaan itu membuatkan Gary mengalami tekanan perasaan kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa.

“Semua ini berlaku setahun lalu apabila kakitangan hospital terlalu sibuk menangani pesakit Covid-19 sehingga leka dalam menjalankan pembedahan ke atas suami saya.

“Kini, Gary terpaksa menunggu mungkin sehingga lima tahun sebelum mendapat tarikh pembedahan baharu bagi membetulkan keadaan perutnya,” kata Julia.

Sementara itu, Amanah Yayasan Rotherham berkata, pandemik telah menjejaskan peruntukan pembedahan yang bukan kecemasan kerana kebanyakan bajet Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain dibelanjakan untuk rawatan Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI