fbpx

Kekasih dicekup bersekedudukan diarak ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mereka berjalan sambil tertunduk malu dan menekup muka bagi mengelakkan wajah mereka dilihat. – Istimewa/Tribun Jatim

JAKARTA – Sepasang kekasih yang didakwa sering melakukan aktiviti tidak bermoral di sebuah kawasan perkampungan di bandar Malang, Jawa Timur, dicekup penduduk setempat dan diarak ke balai polis berdekatan, lapor laman berita Detik hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular, pasangan kekasih itu diarak sambil berjalan kaki melalui jalan-jalan di kampung Gondanglegi.

Mereka berjalan sambil tertunduk malu dan menekup muka bagi mengelakkan wajah mereka dilihat.

Menurut beberapa penduduk tempatan, tindakan itu diambil selepas kedua-duanya tidak menghiraukan amaran penduduk yang berkali-kali menegah mereka daripada melakukan aktiviti bersekedudukan.

Akhirnya, ketika berdua-duaan di rumah sewa wanita tersebut, penduduk bertindak mencekup mereka dan kedua-duanya kemudian diarak menuju ke Balai Polis Gondanglegi.

Sementara itu, Ketua Polis Gondanglegi mengesahkan kejadian tersebut dan mengakui telah menahan kedua-dua pasangan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI