fbpx

Vaksin Sinovac untuk kanak-kanak diberi mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BAGAN SERAI – Vaksin jenis Sinovac yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 3 Mac lalu akan mula diberikan pada kanak -kanak mulai esok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian itu hanya kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima Vaksin Comirnaty Pfizer atas faktor kesihatan.

“Kita memberi keutamaan serta mengalakkan agar kanak -kanak menerima vaksin Pfizer.

“Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan vaksin yang lain maka kita syorkan untuk mengambil Sinovac,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, Sinovac merupakan pilihan kepada ibu bapa yang tidak bersetuju anak mereka menerima suntikan vaksin Pfizer.

“Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, sebanyak dua dos vaksin akan diberikan kepada kanak -kanak yang telah mencapai usia lima hingga 11 tahun.

“Selang antara dos pertama dan dos kedua ialah selama empat minggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI