fbpx

Polis Kelantan terima lebih 1,000 laporan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) menyampaikan ucapan sebelum memulakan Program Pasca Banjir di Balai Polis Rantau Panjang hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan menerima sebanyak lebih 1,000 laporan daripada mangsa banjir melibatkan kerosakan rumah mereka yang terkesan akibat musibah yang melanda pada 25 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan kerosakan perlu dilakukan oleh mereka agar memudahkan urusan bantuan yang bakal diberikan kepada mereka.

“Berdasarkan rekod, Kampung Tersang di sini paling teruk terkesan apabila lima buah rumah musnah dihanyutkan arus deras banjir,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke Program Pasca Banjir yang diadakan di Balai Polis Rantau Panjang di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 150 anggota daripada pelbagai agensi seperti Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung menyertai gotong-royong tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Zaki memberitahu, pihaknya bersama pasukan penyelamat lain sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang bencana berpandukan kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI