fbpx

Indonesia capai sasaran 70 peratus pemberian vaksin dos kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menerima dos penggalak vaksin Covid-19, Pfizer di Surabaya, Jawa Timur pada 13 Januari lalu. – Jun Kriswanto/AFP

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan bahawa pemberian dos kedua vaksin Covid-19 di negara itu berjaya mencapai 146,577,204 dos atau 70.38 peratus daripada jumlah sasaran sebanyak 208,265,720 penduduk, lapor saluran berita Liputan6 semalam.

Walaupun begitu, kerajaan menegaskan untuk terus berusaha mempercepat pencapaian vaksinasi dos kedua bagi membendung penularan Covid-19 di Indonesia.

“Pencapaian vaksinasi dos kedua penting dalam usaha menangani dan mencegah pandemik Covid-19 di Indonesia. Namun perjalanan kami belum berakhir di sini,’’ kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi menerusi sidang akhbar semalam.

“Sasaran kami adalah untuk mencapai 70 peratus daripada jumlah penduduk di Indonesia, ditambah dengan vaksin penggalak yang kini turut dibuka kepada orang ramai dan boleh diambil selepas tiga bulan menerima dos pertama dan kedua,’’ jelas beliau.

Tambah Nadia, keberkesanan vaksin Covid-19 masih tinggi dalam mengelakkan pesakit mengalami gejala teruk sehingga menyebabkan kematian apabila dijangkiti koronavirus. 

Berdasarkan data dari 21 Januari hingga 26 Februari lalu, 69 peratus pesakit Covid-19 yang meninggal dunia tidak menerima vaksin lengkap. 

“Vaksinasi juga diperlukan untuk warga emas, pesakit komorbid dan kanak-kanak yang dianggap terdedah kepada gejala teruk apabila dijangkiti,’’ ujar Nadia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI