fbpx

MOM harap Astaf segera tamatkan segala kemelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA memohon Astaf membuat keputusan terbaik serta melihat senario perkembangan sukan sepak takraw di negara ini.

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menuntut kemelut sukan sepak takraw Malaysia diselesaikan segera bagi melon­jakkan semula sukan tradisi ber­kenaan di pentas antarabangsa.

Ketika ini, Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) masih belum membuat keputusan mengenai entiti baharu persatuan dari Malaysia yang akan menjadi ahli gabungan Astaf selepas menyingkirkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada 20 Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika ini, Astaf mendedahkan perkembangan terbaharu kelmarin apabila Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) kini selangkah untuk menjadi ahli gabungan Astaf selepas mendapat sokongan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Sebagai Presiden MOM, saya ingin krisis sepak takraw ini di­selesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, dalam sukan, kita ingin kurangkan berpolitik dan lebih kepada untuk memajukan sukan tersebut.

“Apa yang berlaku tentu sahaja mengganggu-gugat kepada perkembangan sukan sepak takraw di negara ini. Saya memohon Astaf membuat keputusan terbaik dalam melihat senario perkembangan sukan sepak takraw di negara ini.

“Saya harap Astaf juga lebih kepada menyatukan keadaan daripada memecahkanbelahkan keadaan,” katanya ketika ditemui di Bukit Kiara semalam.
Mengulas keputusan MSC ingin menjadi ahli gabungan MOM, Norza menuntut persatuan tersebut diiktiraf badan antarabangsa terlebih dahulu.

“MOM menanti apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Astaf mahupun Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf). Kriteria MOM sangat jelas bahawa sesiapa sahaja mahu menjadi ahli badan gabungan kepada MOM perlu mendapat pengikitirafan peringkat Asia mahupun dunia.

“Ketika ini, MHC belum lagi sertai MOM kerana mereka perlu pergi ke Astaf untuk mendapat kelulusan. Buat masa ini kita masih mengiktiraf PSM selagi mana PSM tidak lagi jadi badan gabungan dan selepas itu kita akan buat keputusan lain. Bagi kita PSM masih ahli gabungan MOM,” tegasnya.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selaku badan induk sukan tersebut dilihat bersedia untuk kembali menjadi ahli gabungan Astaf selepas melangsaikan kos sesi pendengaran panel disiplin Astaf sebanyak AS$15,000 (RM63,886.25).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI