fbpx

Lebih separuh rumah Endon ‘ditelan’ aliran puing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan rumah Endon yang hampir tertimbus akibat aliran puing di Kampung Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam.

Hulu Terengganu – Seorang wanita warga emas kesedihan apabila rumahnya hampir separuh tertimbus akibat aliran puing dalam bencana banjir lumpur yang melanda Kampung Belukar Bukit di sini pada Ahad lalu.

Endon Ismail, 67, berkata, rumahnya bukan sahaja disaluti lumpur sepenuhnya malah sebahagian struktur struktur bahagian luar juga musnah dihentam timbunan kayu.

“Semua perabot dan peralatan rumah juga rosak dengan bahagian dalam rumah dipenuhi lumpur.

“Mujur saya yang tinggal sendirian sempat selamatkan diri ketika kejadian. Kini saya tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di Kampung Belukar Bukit di sini semalam.

BEGINILAH keadaan rumah Endon selepas banjir Ahad lalu.

Terdahulu, Endon disantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.

Maliaman yang bersimpati dengan nasib Endon segera me­nyalurkan peruntukan RM60,000 bagi membina rumah baharu buat wanita itu.

Beliau berkata, peruntukan itu disediakan kerajaan negeri Terengganu bagi membina se­mula rumah rakyat ne­geri tersebut yang musnah akibat banjir.

“Kerja-kerja pembinaan semula rumah itu akan dilakukan selepas urusan dokumentasi selesai di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu.

“Saya berharap ia boleh di­siapkan dan diduduki sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei depan,” katanya.

Maliaman berkata, rumah baharu Endon kelak akan mempunyai tiga bilik tidur dan sebuah bilik air.

Dalam pada itu, tiga balai polis dan sebuah pondok polis yang rosak akibat banjir besar di ne­geri itu melibatkan kerugian kira-kira RM700,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, balai polis itu ialah Air Putih di Kemaman, Kuala Jengai (Dungun) dan Manir (Kuala Terengganu) serta Pondok Polis Pasir Raja, Dungun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI