fbpx
LARANGAN ini akan memberi impak ketara kepada penerbangan komersial kerana ruang udara Rusia adalah koridor utama perjalanan antara Eropah dan Asia Timur. - AFP

Rusia tutup ruang udara kepada 36 negara Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Rusia mengumumkan telah menutup ruang udaranya kepada 36 negara terutama dari Blok Barat sebagai tindak balas atas sekatan yang dikenakan ke atasnya, lapor laman berita DW.com.

Semua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Britain dan Kanada yang terlebih dahulu menutup ruang udara mereka kepada pesawat Rusia turut terjejas oleh larangan itu.

Pihak berkuasa penerbangan Rusia, Rosaviatsiya mahupun mana-mana negara Barat tidak menawarkan garis masa bila larangan itu mungkin berakhir.

Kesan larangan ini dijangka akan memberikan impak ketara terhadap syarikat penerbangan komersial kerana ruang udara Rusia merupakan koridor utama perjalanan antara Eropah dan Asia Timur.

Hujung minggu lalu. Britain menjadi negara pertama yang mengharamkan pesawat Rusia dari ruang udaranya selepas tentera Rusia menyerang Ukraine.

Dalam satu lagi langkah mengejut, kerajaan Switzerland yang biasanya enggan terlibat dalam pertikaian antarabangsa, mengumumkan bahawa ia menyertai sekatan Barat termasuk melarang kemasukan ke syarikat penerbangan dan pesawat persendirian Rusia.

Meskipun memaklumkan bahawa pesawat diplomatik akan dibenarkan mendarat, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov membatalkan lawatan yang dirancang ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada Isnin lalu. – Agensi

POPULAR