fbpx

[VIDEO] Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap di luar tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di luar tingkap tingkat tiga Apartmen Sutera Villa di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang terperangkap di luar tingkap di tingkat tiga Apartmen Sutera Villa berhampiran Taman Pelindung Damai di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berumur lapan tahun bertindak membuka jeriji tingkap dan memanjat tingkap bilik itu untuk keluar selepas bilik berkenaan terkunci.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak berkenaan berada di luar tingkap bertindak segera menyelamatkannya menggunakan tangga.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan melibatkan mangsa.

“Kanak-kanak berkenaan telah diserahkan kepada ibunya dan berada dalam keadaan baik,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI