fbpx
ABRAMOVICH mengesahkan bahawa akan menjual Chelsea demi kelangsungan kelab berkenaan selepas berdepan tekanan hebat. – AFP

Abramovich sudah letak tanda harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengesahkan bahawa beliau akan menjual kelab itu selepas 19 tahun memilikinya.

Bilionair dari Rusia itu ber­depan tekanan tinggi ketika ini selepas dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang me­ngarahkan pencerobohan ke atas Ukraine ketika ini.

Abramovic dilapor mele­takkan tanda harga berjumlah £2.6 bilion (RM14.6 bilion) kepada mereka yang berminat dan bidaan berkenaan akan dibuka bermula hari ini.

“Saya mahu menarik perhatian mengenai spekulasi yang bertebaran sejak beberapa hari lalu mengenai pemilikan kelab Chelsea FC. Seperti yang saya katakan, saya sentiasa akan memberi keutamaan kepada kelab ini.

“Berdasarkan situasi semasa, saya membuat keputusan untuk menjualnya dan saya percaya itu adalah jalan terbaik untuk memastikan kelab ini, staf, penyokong dan pihak penaja serta rakan kongsi terus bergerak ke hadapan.

“Ia adalah keputusan yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup. Ia memberikan kesan dan sangat menyakitkan apabila perlu meninggalkan kelab dengan cara sebegini.

“Proses penjualannya tidaklah dibuat secara membuta tuli sebaliknya ia akan melalui pro­ses. Pada saya ia bukanlah proses perniagaan atau kerana duit tetapi kecintaan saya terhadap kelab dan bola sepak.

“Seterusnya, saya akan meng­arahkan satu pasukan dibentuk untuk menguruskan wang penjualan kelab ini bagi didermakan terutama kepada yayasan yang akan membantu mang­sa perang di Ukraine nanti,” katanya. – AGENSI

POPULAR