fbpx

Tengku Zafrul nafi hadir mesyuarat TIA pada 2009

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menafikan terbabit dalam sebarang mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada 2009.

Perkara itu dijelaskan Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman Facebook bagi mengulas laporan dikeluarkan sebuah portal berita tempatan, hari ini.

Tengku Zafrul menegaskan, beliau tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat TIA sebagaimana didakwa bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner ketika perbicaraan di Amerika Syarikat.

“Merujuk kepada artikel Free Malaysia Today berkenaan testimoni Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat, saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai itu bersama Sultan Terengganu dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut.

“Kenyataan Leissner mengenai penglibatan saya adalah tidak benar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI