fbpx

Padah tepuk punggung janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Perbuatan seorang penyelia menepuk punggung pekerjanya merupakan janda anak dua memakan diri apabila ditahan di gudang penyimpanan penyaman udara di Telok Gong di sini, semalam.

Penahanan suspek warga Bangladesh berusia 35 tahun itu dilakukan pukul 11 malam selepas melakukan tindakan tidak bermoral itu kira-kira pukul 9 pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mangsa berusia 29 tahun yang sedang menyusun barangan telah didatangi suspek yang kemudiannya menepuk bahagian punggungnya.

Katanya, mangsa baharu tiga bulan bekerja di kilang tersebut dan merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak manakala suspek telah empat tahun bekerja di lokasi sama.

“Bertindak maklumat, polis kemudiannya menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja di kilang tersebut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, suspek kini direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI