fbpx

Lelaki maut kerana pengambilan kafein berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALU Mansfield, Suzannah menyaksikan situasi ketika suaminya mula memegang dada selepas menghirup minuman senamannya. – Wales News Service

LONDON – Seorang bapa kepada dua anak telah meninggal dunia selepas meminum minuman yang setara dengan bancuhan ratusan cawan kopi, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin. 

Insiden itu berlaku selepas mangsa membuat pengiraan yang salah tentang jumlah kafein yang diambil bagi suplemen kesihatan yang selalu diambilnya.

Thomas Anthony Mansfield, 29, meninggal dunia pada 5 Januari tahun lalu selepas tersilap kira jumlah kafein yang berada di dalam minuman pra-senamannya. 

Hidangan yang disyorkan untuk serbuk kafein seperti yang dinyatakan pada pembungkus ketika itu adalah antara 60 hingga 300 miligram sebanyak dua kali sehari. 

Bagaimanapun, skala digital yang digunakan Mansfield untuk menyukat serbuk itu mempunyai berat permulaan 2 gram iaitu beberapa kali ganda jumlah maksimum untuk satu hidangan serbuk kafein itu.

“Suami saya benar-benar sihat dan biasanya tidak akan minum tidak lebih daripada dua cawan kopi sehari. Dia menghirup baki minuman itu sebelum mula memegang dadanya dan terbaring di sofa,” demikian kenyataan balu Mansfield, Suzannah.

Laporan bedah siasat mendapati terdapat 393 miligram kafein dalam setiap liter darah Mansfield yang menunjukkan dia mati akibat pengambilan kafein berlebihan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI