fbpx

Jendela perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI

LIONEL MESSI

INTER Miami percaya mereka mampu untuk memujuk bintang sensasi dunia ini untuk menyertai mereka sekiranya membuat keputusan meninggalkan Paris Saint-Germain. Pemilik bersama kelab itu, David Beckham mempunyai hubungan yang baik bersama Messi dan ia akan memudahkan lagi tugas mereka.

KEPA ARRIZABALAGA

NEWCASTLE United dilaporkan sedang memantau penjaga gol Chelsea ini untuk cuba mendapatkannya [ada musim panas nanti. Chelsea dikatakan bersedia mendengar tawaran yang bermula dengan nilai £50 juta (RM279.11 juta).

ROBERT LEWANDOWSKI

PENGGEMPUR utama Bayern Munich ini mengakui bahawa dia terbuka dengan sebarang situasi yang mungkin berlaku pada musim panas ini termasuk mencari destinasi baharu kariernya. Penyerang berusia 33 tahun ini memasuki tahun terakhir kontraknya yang berakhir pada Jun 2023.

ANDREAS CHRISTENSEN

PEMAIN pertahanan Chelsea ini dilaporkan hampir pasti melengkapkan perpindahan secara percuma ke Barcelona. Ketika kontraknya bakal berakhir Jun ini, Barcelona percaya mereka semakin hampir mendapatkan Christensen.

TIMO WERNER

Borussia Dortmund menamakan penyerang Chelsea ini sebagai calon pengganti sekiranya mereka gagal untuk mempertahankan Erling Haaland. Selepas melengkapkan perpindahan dari RB Leipzig pada 2020, Werner terus gagal untuk memberikan prestasi terbaik bersama The Blues.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI