fbpx
SETIAUSAHA Akhbar White House, Jen Psaki menegaskan AS tidak bercadang terlibat secara langsung dalam peperangan Rusia-Ukraine. - Forbes

Blok Barat takut pada kuasa Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky membuat rayuan terbuka kepada blok Barat untuk campur tangan dalam peperangan dengan Rusia bagi menghentikan perbuatan genosid atau pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku.

Menurut laporan akhbar The Telegraph, Zelensky memohon agar kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menguatkuasakan pelaksanaan zon larangan terbang di negaranya.

Rayuan beliau turut disokong oleh majoriti rakyat Ukraine yang menggesa Eropah dan AS untuk mengambil tindakan fizikal berbanding hanya mengenakan sekatan ke atas Rusia.

“Blok Barat perlu melaksanakan zon larangan terbang di Ukraine. Di darat, pasukan tentera kami boleh berjuang bermati-matian menentang Rusia namun ruang udara terbuka memberi peluang musuh mengebom rakyat tidak bersalah,” kata seorang penduduk bandar Kiev.

Meskipun menyedari situasi sebenar, semua pemimpin Barat menolak permintaan itu kerana bimbang akan akibat penglibatan ketenteraan secara langsung dengan Rusia.

Pelaksanaan zon larangan terbang bakal menjadi pencetus kepada penglibatan langsung dengan Kremlin.

Semasa lawatan ke Poland dan Estonia, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan bahawa tidak ada seorang pun anggota Nato mempertimbangkan konflik bersenjata dengan Rusia..

“Apabila bercakap mengenai zon larangan terbang di langit di atas Ukraine, kami perlu menerima realiti bahawa ia melibatkan menembak jatuh pesawat Rusia.

“Itu satu langkah sangat berisiko tinggi yang tidak ada dalam agenda mana-mana negara NATO,” ujar Johnson.

Perkara sama turut ditegaskan oleh White House yang enggan melibatkan diri di tengah-tengah konflik peperangan Rusia-Ukraine.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata AS tidak bercadang untuk mengerahkan tenteranya dalam peperangan ini.

“AS tidak mahu mencetuskan konflik langsung dengan Rusia kerana ia tidak termasuk dalam perancangan kami untuk terbabit dalam pertempuran ini,” kata Psaki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN