fbpx

350,000 penerima Sinovac warga emas belum ambil dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menunjukkan isyarat bagus ketika jururawat memberi suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

SERDANG – Seramai 350,000 warga emas yang yang telah mengambil dos premier Sinovac masih belum menerima dos penggalak walaupun golongan itu paling berisiko berdepan kematian atau kesan buruk akibat jangkitan Covid-19 varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, golongan berisiko tinggi adalah golongan warga emas, tetapi terutama warga emas yang telah mengambil vaksin Sinovac yang belum menerima dos penggalak.

“Warga emas adalah golongan berisiko tinggi daripada segi kematian dan kesan buruk akibat jangkitan Covid-19. Sinovac juga adalah daripada semua vaksin yang ada keberkesanan yang sederhana berbanding Pfizer.

“Maka sangat penting untuk golongan 350,000 ini untuk mendapatkan dos penggalak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Hari Pendengaran Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, gelombang Covid-19 varian Omicron dilihat tidak seganas varian Delta, tetapi bagi warga emas terutama yang ada komorbiditi ia bukan penyakit yang ringan untuk mereka.

Menurut beliau, varian Omicron masih penyakit yang boleh membawa kepada kematian dan kesan teruk terhadap mereka, maka amat penting mereka mengambil dos penggalak.

“Kalau ada warga emas menunjukkan apa sahaja gejala jangan tunggu. Bawa mereka segera kepada fasiliti kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI