fbpx

Tablet sesuai jamin pembelajaran sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TABLET terbaharu ini menjanjikan kelancaran untuk tujuan pembelajaran online.

BELAJAR dari rumah merupakan norma baharu yang harus dilalui oleh kebanyakan pelajar pada masa kini berikutan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.

Untuk tujuan itu, pelajar perlu mempunyai peranti yang baik bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian tanpa sebarang masalah.

Tablet antara peranti yang sering menjadi pilihan untuk tujuan tersebut.

Samsung Galaxy Tab A8 antara tablet yang boleh dijadikan pilihan pelajar untuk digunakan bagi mengikuti sesi pembelajaran online.

Peranti ini mempunyai skrin bersaiz 10.5 inci yang diperluaskan dengan bezel nipis 10.2mm.

Selain itu, tablet ini juga mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos yang memberikan audio yang baik dan sesuai untuk pelajar mengikuti pembelajaran.

Galaxy Tab A8 turut dijana dengan pemproses yang lebih cepat daripada model terdahulu.

Bagi model terkini itu, unit pemprosesan komputer (CPU) dan unit pemprosesan grafik (GPU) peranti ini ditingkatkan sebanyak 10 peratus untuk memberi prestasi lebih cepat dan lancar tanpa sekatan.

Dalam pada itu, peranti ini dilengkapi dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB.

Pengguna boleh menambah storan luaran hingga 1TB menggunakan kad mikro SD.

Peranti ini juga turut dilengkapi dengan kapasiti bateri bersaiz 7,040 mAh yang memberi lebih kuasa penggunaan.

Selain itu, tablet ini dilengkapi pengecasan pantas 15W yang membolehkan peranti ini dicas semula dengan lebih cepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI