fbpx

Mona dakwa Iqram sengaja cekik lehernya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA ALLEN

PETALING JAYA – Pelakon Mona Allen mendakwa, bukan hanya sekali dua, malah berkali-kali dia dicekik dengan sengaja oleh rakan pelakonnya, Iqram Dinzly ketika menjalani penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 36, mendedahkan perkara itu menerusi rantaian hantaran dalam InstaStory semalam.

Ujar Mona, dia berang kerana Iqram bertindak keterlaluan dengan mencekiknya betul-be­tul beberapa kali sehingga menyebabkan kesakitan.

“Apabila orang suruh berlakon, berlakon jelah, tak payahlah kau buat betul-betul. Metodlah sangat. Selepas ini jangan harap nak ada babak sekali, tak kira lah kau ‘princess’ ke apa,” tulis Mona.

Tambah isteri kepada pengarah dan pelakon Pekin Ibrahim itu, dia tidak menyangka sikap psiko Iqram yang ditunjukkan dalam siaran langsung media sosial selama ini rupa-rupanya personaliti sebenar yang terbawa-bawa ke lokasi penggambaran.

“Bukan sekali dua ya babak dia cekik saya, banyak dan setiap kali memang sakit. Saya sudah cakap elok-elok, tak dengar. Sekarang video dah viral, nanti cakap saya juga yang perangai diva,” katanya.

ANTARA babak yang menunjukkan Iqram mencekik Mona ketika menjalani penggambaran drama.

Sementara itu, meninjau Instagram Iqram, pelakon itu dilihat berbalas-balas sindiran terhadap Mona apabila mempertahankan tindakannya mencekik pelakon itu sebagai tidak disengajakan.
Iqram mendakwa, Mona sebagai pelakon yang bersikap diva.

“Dalam aku cuba nak elakkan kecelakaan terjadi, akhirnya tetap dikhianati. Lagi hujung, macam-macam pula terjadi,” luahnya merujuk kepada video yang terlebih dahulu disiarkan dalam InstaStorynya.

Dalam perkongsian sama, Iqram turut mendedahkan, Mona sudah pun menyekat Instagramnya.

Pergaduhan antara kedua-dua pelakon itu turut melibatkan pelakon drama Hati Yang Dikhianati yang lain apabila mereka menyebelahi Mona.

Seorang pelakon baharu, Qistina Khaled menerusi InstaStory miliknya berkata, disebabkan kejadian tersebut, Mona enggan lagi terlibat dengan babak bersama Iqram selepas ini.

Walhal, penggambaran drama sudah hampir tamat dan ke semua pelakon hanya berbaki beberapa babak untuk diselesaikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI