fbpx

PRN Johor: Aznan mahu perhebat peluang pekerjaan di DUN Tanjung Surat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznan (kanan) Ketika melakukan walkabout bertemu pengundi di Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat generasi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat merupakan hasrat calon Barisan Nasional (BN) disitu sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Aznan Tamin yang turut memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang berkata, bagaimanapun beliau akan mengekalkan kesinambungan dari kepemimpinan yang lama untuk membawa golongan muda agar lebih maju.

“Pertama perubahan yang saya hendak bawa kepada anak muda dengan mengekalkan kesinambungan dari kepemimpinan lama. Kita tumpu lebih kepada kesejahteraan rakyat bimbing anak muda supaya menjadi lebih maju.

“Pengerang sebuah kawasan pembangunan yang sangat hebat jadi kita nak anak muda di sini seiring dengan pembangunan yang ada terutama peluang pekerjaan yang ada.

“Kita nak perbanyakkan peluang kerja, fikirkan tentang peluang perniagaan dan banyakkan peluang perniagaan itu, perbanyak kedai-kedai agar anak muda dapat berniaga,” katanya ketika ditemui selepas melakukan walkabout di Sungai Rengit di sini.

Katanya, beliau yang juga merupakan calon termuda memberitahu pengalaman beliau selaku pemimpin belia di Pengerang turut memberi kelebihan kepadanya dalam mendekati golongan muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI