fbpx

Gelombang Omicron tidak menyebabkan sekatan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Gelombang Omicron yang melanda negara tidak akan menyebabkan kerajaan melaksanakan semula sekatan secara besar-besaran.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia berikutan ramai rakyat malaysia telah menerima vaksinasi lengkap.

“Lebih 97.5 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima dua dos vaksin manakala 62 peratus dewasa telah menerima dos penggalak dan 90 peratus remaja telah divaksin dan program vaksinasi untuk kanak-kanak juga giat dilaksanakan.

“Vaksinasi tidak boleh menghalang seseorang daripada dijangkiti Covid-19, namun ia merupakan langkah keselamatan yang amat penting bagi mengurangkan risiko mengalami gejala lebih teruk dan mengurangkan risiko kematian,” katanya ketika sidang akhbar dalam talian hari ini.

Mengulas lanjut, mengambil kira data-data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin berkesan dalam mengurangkan risiko berkenaan.

“Atas sebab itu, kerajaan amat menggalakkan rakyat untuk segera mendapatkan dos penggalak terutama golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mempunyai sakit kronik.

“Penting untuk seramai mungkin rakyat termasuk kanak-kanak divaksin kerana kita tidak akan benar-benar selamat selagi semua orang belum selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, mesyuarat Kuartet hari ini turut meneliti perkembangan terkini penularan Covid-19 terutamanya Omicron.

“Hasil pemantauan rapat terhadap penularan varian ini, kita dapat melihat ‘decoupling trend’ iaitu buat masa ini bilangan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian akibat Covid-19 ialah 80 hingga 90 peratus lebih rendah berbanding pelaporan pada Ogos tahun lalu walaupun kes lebih tinggi
ketika ini.

“KKM akan terus memantau decoupling trend ini untuk dua minggu mendatang untuk melihat sama ada ia berkekalan atau berubah untuk diambil kira dalam melaksanakan kelonggaran-kelonggaran tambahan pada masa akan datang.

“Dalam pada masa, kadar penggunaan katil di ICU dan alat bantuan pernafasan masih mencukupi. Diakui kadar penggunaannya sedikit meningkat, namun seperti dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ia disebabkan sebahagian pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 dinasihatkan untuk menjalani isolasi di hospital bagi mendapatkan pemantauan lebih rapi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI