fbpx

Lelaki kemurungan lemas terjatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Rahim ditemui terapung di dalam parit berhampiran Balai Polis Pasir Gajah, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki yang dipercayai kemurungan ditemui mati akibat lemas di dalam parit berhampiran Balai Polis Pasir Gajah di sini hari ini.

Mayat mangsa, Rahim Deraman, 69, ditemui terapung oleh seorang penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum ini, kehilangan lelaki warga emas itu dimaklumkan anak-anaknya kepada polis semalam.

“Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak petang semalam. Pencarian pada mulanya tidak menemuinya kerana parit itu ditenggelami banjir sebelum surut pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Hanyan berkata, berdasarkan keterangan awal ahli keluarga, Rahim dikatakan mengalami masalah kemurungan selepas kematian isteri beberapa tahun lalu.

Tambah beliau, rumah bapa lima anak itu tidak terjejas banjir tetapi dia dikatakan merayau-rayau sehingga terjatuh di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Rahim merupakan korban ketiga akibat lemas sepanjang musim tengkujuh di Terengganu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI