fbpx

KJ seru rakyat Kelantan cucuk vaksin, dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyeru rakyat Kelantan untuk segera mengambil suntikan vaksinasi serta dos penggalak bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru rakyat di negeri Kelantan untuk segera mengambil suntikan vaksinasi serta dos penggalak bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Beliau berkata demikian menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, setakat ini Kelantan merekodkan jumlah penerima dos penggalak paling rendah berbanding negeri-negeri lain.

“Sekarang ini Kelantan paling rendah sekali ambil booster, saya runsing, pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sana sedang penuh.

“Saya harap sangat semua penduduk di Kelantan supaya cucuk vaksin dan booster,” ciapnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan data semasa mengenai jumlah penerima dos penggalak bagi setiap negeri.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Kelantan merupakan antara tiga negeri mencatatkan kadar vaksinasi terendah dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selain di Terengganu dan Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI