fbpx

105 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 105 kes atau 0.43 peratus daripada 24,466 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 24,361 kes pula atau 99.57 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,419,636 kes.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,704 kes (35.58 peratus), kategori dua sebanyak 15,657 kes (63.99 peratus), kategori tiga sebanyak 51 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak 34 kes (0.14 peratus) dan kategori lima 20 kes (0.08 peratus).

“Daripada 105 kes kategori tiga, empat dan lima, 25 kes (23.81 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 56 kes (53.33 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 24 kes (22.86 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Seterusnya, 53 kes (50.48 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 36 kes (34.29 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 22,380 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,085,940 kes serta 353 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 193 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI