fbpx

Rusia mungkin serang Poland, Finland, Baltik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARIAN Ukraine tiba dari lintasan sempadan pejalan kaki Medyka, di bandar Przemsyl, timur Poland semalam. - AFP

WARSAW – Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki menyuarakan kebimbangan bahawa negaranya, Finland atau negara-negara rantau Baltik akan menjadi sasaran serangan Rusia dan menggesa Eropah meningkatkan belanjawan pertahanan sebanyak dua kali ganda susulan penaklukan Moscow ke atas Ukraine.

Presiden Rusia, Vladimir Putin akan memperluaskan dasar agresif dan pencerobohannya,” kata Morawiecki kepada akhbar Perancis, Ouest-France.

“Beliau bermula dengan Georgia dan kini Ukraine. Sasaran seterusnya mungkin negara-negara Baltik dan negara lain di Eropah Timur,” kata Morawiecki.

Poland yang merupakan bekas negara satelit Kesatuan Soviet dan kini anggota perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berkongsi sempadan yang panjang dengan Ukraine.

Ketika Putin mengumpulkan askarnya di sempadan Rusia-Ukraine sebelum melancarkan serangan pada Khamis lalu, Poland pula menerima kehadiran lebih ramai anggota tentera perikatan diketuai Amerika Syarikat itu.

Bagaimanapun kelmarin beliau berkata: “Kami memerlukan tentera Eropah yang kuat.”

Benua Eropah perlu meningkatkan perbelanjaan pertahanan daripada sekitar €300 bilion (RM1.4 trilion)  kepada €600 bilion (RM2.8 trilion) setahun.

“Perbelanjaan ini bukan mustahil dan ia akan membolehkan Eropah memainkan peranan utama. Era keamanan dan aturan antarabangsa sudah berakhir.

“Ini adalah ujian kepada Barat dan cara kita menangani ujian ini akan menentukan masa depan kita, bukan untuk tempoh beberapa tahun tetapi selama berdekad-dekad,”  kata Morawiecki dalam wawancara itu.

Pemimpin Poland itu mengusulkan mengecualikan perbelanjaan pertahanan daripada undang-undang kewangan awam Kesatuan Eropah untuk membolehkan negaranya membelanjakan tiga hingga empat peratus pengeluaran tahunan ekonominya untuk sektor pertahanan susulan pendekatan agresif Rusia.

Beliau juga menggesa ‘pakej sekatan melumpuhkan’ dilaksanakan ke atas Moscow dan supaya rundingan diadakan untuk menjadikan  Eropah ‘bebas’ daripada kebergantungan kepada hidrokarbon (minyak dan gas) Rusia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI