fbpx

Pahang antara lima negeri diramal alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi lima negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, penduduk di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diingatkan untuk terus berwaspada dengan cuaca ini.

”Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu turut tertumpu di beberapa kawasan Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.

“Di Johor, kawasan diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir di Pontian dan Kulai manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Miri dan Marudi),” jelasnya.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI