fbpx

Goreng ikan ‘percuma’ cicak dalam kuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian seorang gadis berkongsi sebuah video memaparkan seekor cicak jatuh ke dalam kuali ketika beliau menggoreng ikan mengundang perhatian orang ramai sehingga mencapai 400,000 ribu tontonan

PETALING JAYA – Situasi seorang gadis menerima tetamu yang tidak diundang iaitu seekor cicak semasa sibuk menggoreng ikan mengundang perhatian orang ramai sehingga menjadi tular.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna media sosial @sue_ramly, seorang gadis menunjukkan kejadian lucu yang berlaku ketika beliau sedang memasak di dapur apabila beliau ingin mengangkat ikan yang digorengnya beliau menyedari seekor cicak berada di dalam kuali di sebelah ikan yang digorengynya itu.

“Ya Allah terkejut saya nak pergi angkat ikan tengok-tengok ada cicak. Dari mana datangnya cicak kobeng ini,” kongsinya.

Rata-rata orang ramai berasa terhibur dengan perkongsian video gadis tersebut malah ada yang berseloroh melahirkan rasa simpati terhadap nasib cicak tersebut yang menemui ajalnya di kuali tersebut.

“Goreng ikan dapat hadiah dari atas,” kata @ciciko41.

“Cicak itu nak selamatkan ikan itu, tetapi dengan dia sekali kena goreng,” jelas @CikAfiy.

“Rezeki tidak salah alamat dan datang dari langit tu,” ujar @JkJkMy. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI