fbpx

Angin kencang 60 km/j landa Terengganu sehingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Hilman (kiri) memantau paras air laut dan ombak di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dan hujan berterusan yang melanda seluruh Terengganu dijangka berlarutan sehingga lusa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, sepanjang tempoh itu, pesisir pantai negeri ini diramal dibadai ombak setinggi 4.5 meter yang boleh mendatangkan bahaya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan pantai sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Berdasarkan unjuran, ini merupakan fasa terakhir monsun timur laut (MTL) yang akan berakhir sehingga 28 Februari ini sebelum kembali reda pada bulan Mac.

“Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah meramalkan ombak mencecah 4.5 meter dan angin selaju 60 km/j yang sangat berbahaya,” katanya ketika meninjau Pantai Seberang Takir di sini malam tadi.

Md. Hilman berkata, beliau telah mengarahkan semua balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri ini memantau keadaan semasa melibatkan penghuni di kawasan rendah dan sekitar pantai.

Tambah beliau, penduduk yang berisiko terdedah dengan banjir juga diingatkan tidak menunggu keadaan semakin parah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI