fbpx

Hamil 6 bulan, Syatilla Melvin pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sedang sarat hamil enam bulan dan disahkan positif Covid-19, namun keadaan Syatilla baik-baik sahaja seperti dimaklumkan suaminya, Shaheizy Sam.

PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin yang kini sedang sarat hamil enam bulan anak ketiga diuji selepas disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, berkongsi keputusan ujian calitan Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif.

“Insya-Allah berkat hari Jumaat (semalam), hujan lebat, doakan Tilla (panggilannya) sembuh dengan segala kebaikan yang ada,” tulisnya.

Suami Syatilla iaitu aktor, Shaheizy Sam ketika dihubungi Kosmo! Online berkata keadaan isterinya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang gejala yang teruk walaupun sedang sarat hamil.

“Alhamdulillah isteri baik-baik sahaja dan sedang menjalani kuarantin kendiri di bilik berasingan di tingkat atas rumah,” katanya.

Aktor Polis Evo itu menambah, Syatilla melakukan ujian calitan Covid-19 selepas pengurusnya terlebih dahulu disahkan positif.

“Sebenarnya pengurus Syatilla yang positif dulu. Kemudian, kebetulan pula isteri saya turut mengalami sakit tekak.

“Selepas membuat ujian calitan, ternyata dia turut dijangkiti virus tersebut,” katanya.

Disoal tentang perasaan apabila mengetahui isterinya dijangkiti Covid-19 ketika sedang hamil, pelakon yang mesra dibahasakan Sam itu tidak terlalu bimbang kerana Syatilla sudah pun lengkap dua dos vaksin termasuk dos penggalak.

“Kalau Syatilla belum lagi divaksin, mungkin saya sedikit bimbang. Tetapi dia sudah pun lengkap divaksin dan keadaannya baik-baik sahaja,” katanya.

Buat masa ini, Shaheizy reda menggalas sepenuhnya tugas menjaga dan menguruskan dua orang anak mereka sehingga Syatilla disahkan bebas daripada Covid-19.

“Anak-anak okey selagi dia tahu ibunya ada di dalam rumah. Ada juga sesekali buat panggilan video,” ujarnya.

Sekadar info, kehamilan Syatilla kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Pelakon yang popular dengan drama Sha & Shah itu berdepan keguguran kali terakhir pada April tahun lalu ketika usia kandungannya lapan minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI