fbpx

Petronas Chemical rekod untung tertinggi tahun 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) merekodkan prestasi kewangan terbaiknya pada tahun kewa­ngan 2021 dengan merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM7.3 bilion, didorong peningkatan harga petrokimia.

Harga petrokimia meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah tahun lalu didorong oleh permintaan kukuh dan bekalan terhad akibat gangguan bekalan global.

Pendapatan meningkat 60 peratus tahun ke tahun kepada RM23 bilion disokong kadar penggunaan loji yang tinggi pada 93 peratus, walaupun terdapat beberapa aktiviti penyelenggaraan dan pemulihan statutori dijalankan.

PCG turut mengumumkan dividen interim kedua berjumlah RM1.8 bilion.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, pihak­nya berpuas hati dengan pencapaian tersebut memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi termasuk kekangan rantaian bekalan global, kejutan harga, kesan perubahan iklim dan sekatan berkaitan Covid-19.

“Walaupun terdapat ketidaktentuan pasaran, kami telah mengambil peluang, menyampaikan sasaran pengeluaran dan jualan serta memberi per­khidmatan melalui produk dan perkhidmatan inovatif tepat pada masanya,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas mengenai prospek tahun kewangan semasa, Mohd. Yusri menjelaskan untuk jangka masa terdekat, harga produk dijangka kekal kukuh, disokong harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi susulan ketega­ngan geopolitik berterusan serta peningkatan pengeluaran anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) yang lambat.

“Kami menjangkakan pemulihan pasaran akan berlaku secara beransur-ansur apabila permintaan seimbang dengan bekalan daripada kapasiti baharu di rantau Asia Pasifik, yang dijadualkan bermula pada 2022,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI