fbpx

Penduduk Ukraine berlindung di stesen tren bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berlindung di stesen bawah tanah Pushkinskaya di Kharkiv. – EPA

KIEV – Penduduk Ukraine yang ketakutan berpusu-pusu mencari perlindungan dengan bermalam di stesen kereta api bawah tanah pada malam pertama peperangan dengan Rusia tercetus, lapor akhbar Metro UK semalam.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan, ahli keluarga dilihat duduk berhimpit bagi memanaskan badan dan memastikan keselesaan antara satu sama lain ketika bom-bom meletup di beberapa kawasan.

Kementerian Pertahanan berkata, bedilan roket masih berlangsung di timur wilayah Donetsk yang menyebabkan penduduk lari bersembunyi pada malam semalam.

Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko mengumumkan perintah berkurung pada pukul 10 malam, di mana semua kenderaan perlu dihentikan semalaman.

Stesen-stesen bawah tanah pula digunakan sebagai perlindungan sepanjang masa ekoran ‘situasi pencerobohan tentera’.

Sementara itu, ketika ramai penduduk berlindung di stesen bawah tanah, sebilangan lagi dilihat membawa beg-beg pakaian untuk keluar dari kawasan bandar.

Ia menyebabkan barisan yang panjang di stesen-stesen bas serta kesesakan lalu lintas teruk di jalan-jalan utama. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI