fbpx

Indonesia timbang keperluan dos keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dante berkata pihaknya akan mempertimbangkan keperluan suntikan vaksin dos keempat tetapi bukan dalam masa terdekat. - Kompas.com/Garry Andrew Lotulung

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia akan menimbangkan keperluan untuk mendapatkan dos keempat vaksin Covid-19 namun bukan dalam masa terdekat, lapor akhbar Kompas, semalam.

Wakil kementerian, Dante Saksono Harbuwomo berkata pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan di masa akan datang di mana Indonesia akan memulakan suntikan dos keempat.

Ia akan berlaku selepas kajian lanjut mengenai keperluan suntikan keempat ini sudah dilakukan oleh pakar kesihatan dunia.

Bagaimanapun, kempen dos penggalak keempat tidak akan dijalankan dalam masa terdekat. 

Ini kerana kerajaan sedang memfokuskan liputan vaksinasi dos pertama dan kedua yang dijadualkan selesai pada Jun ini beserta dos penggalak.

“Kami masih menjalankan dasar yang sama dan itulah yang kami kejar terlebih dahulu agar dapat melindungi orang yang mendapat vaksinasi primer,” kata Dante.

Dante berkata bahawa orang ramai perlu memahami bahawa vaksinasi penggalak bertujuan untuk memberikan kesan perlindungan tambahan yang sebelum ini telah dikurangkan daripada vaksinasi dos penuh.

Oleh itu, buat masa ini, kerajaan hanya akan memberikan tiga suntikan vaksin termasuk penggalak.

“Kemudian kita boleh menilai dengan ujian klinikal epidemiologi sama ada kita memerlukan penggalak keempat kerana ia bukan sesuatu yang mustahil cuma sekarang bukan masanya,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI