fbpx

Dua saksi perbicaraan kes senjata api diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis meminta kedua-dua wanita tampil sebagai saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Butterworth bulan depan.

SEBERANG PERAI – Polis sedang mencari dua wanita warga tempatan bagi membantu perbicaraan kes berkaitan senjata api dalam kejadian di Simpang Ampat, Nibong Tebal di sini, lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mereka merupakan saksi yang diperlukan bagi kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Butterworth di sini.

“Dua saksi terbabit ialah A. Arulmery berusia 64 tahun dan G. Tevake, 38 tahun yang alamat terakhir kedua-duanya di Taman Idaman, Simpang Ampat.

“Mereka dikehendaki hadir ke mahkamah bagi prosiding perbicaraan kes ini pada 7 dan 8 Mac depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Asisten Superintendan Ng Chom Lam di talian 012-5166636. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI