fbpx

Enam ditahan kes tipu urusan jual beli telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Superintendan Aibee Ab. Ghani menunjukkan gambar enam orang yang ditahan di sini hari ini.

SEREMBAN – Enam orang termasuk tiga wanita ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan jual beli telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban membuat beberapa serbuan selepas menerima satu laporan yang dibuat seorang wanita pada 20 Februari berkenaan penipuan pembelian satu unit telefon jenis iPhone.

Katanya, dalam serbuan di Shah Alam, Selangor itu, polis berjaya menangkap enam orang berusia antara 20 hingga 44 tahun kerana dipercayai terlibat dalam penipuan itu.

“Pihak polis juga telah merampas sebuah kereta, 10 unit telefon bimbit, 10 kad sim pelbagai nombor dan kad ATM pelbagai bank.

“Turut dirampas tiga helai seluar dan tiga helai baju dipercayai telah dipakai suspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini suspek mengaku mula menjalankan penipuan itu pada tahun 2017 dan semakin aktif pada tahun 2020 sehingga sekarang.

“Telefon bimbit yang diperolehi kemudiannya akan dijual kepada individu lain yang turut telah ditahan.

“Suspek juga mengaku telah menipu tidak kurang dari 50 individu,” tambahnya.

Jelasnya, sehingga kini pihak polis telah mengenal pasti sebanyak 20 laporan polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM60,000 yang menggunakan modus operandi yang sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI