fbpx

40 tentera Ukraine, 10 orang awam terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS unit kecemasan merawat seorang warga emas yang cedera selepas letupan bom berlaku di bandar Chuguiv hari ini. – AFP

KIEV – Lebih 40 tentera Ukraine dan kira-kira 10 orang awam dilaporkan terkorban dalam jam pertama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata penasihat Presiden Volodymyr Zelenskyy kepada pemberita hari ini.

“Saya diberitahu bahawa lebih 40 anggota tentera telah terkorban dan beberapa puluh lagi cedera.

“Hampir 10 orang awam turut dilaporkan maut,” kata Penasihat Pentadbiran Presiden, Oleksiy Arestovych.

Sementara itu, pegawai tertinggi tentera Ukraine mendakwa bahawa pihaknya telah menembak mati kira-kira 50 tentera Rusia semasa menangkis serangan ke atas sebuah bandar di sempadan kedua-dua negara.

AFP bagaimanapun belum dapat mengesahkan angka kematian.

“Shchastya berada dalam keadaan terkawal.

“Seramai 50 tentera Rusia telah ditembak mati. Sebuah pesawat tentera Rusia juga telah dimusnahkan di daerah Kramatorsk. Ia merupakan pesawat keenam,” kata seorang anggota tentera Ukraine di Twitter. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI