fbpx
Pelanggan sebuah restoran mendakwa masakan ayam dan daging menjadi busuk sedangkan ia baru sahaja dibeli oleh pemiliknya di Pasir Puteh, Kelantan.

Makanan busuk, berulat angkara disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang pemilik sebuah restoran di Sri Aman di sini mendakwa premisnya telah terkena sihir selepas mendapati stok ayam dan daging segar yang disimpan di dalam peti dipenuhi ulat selain makanan yang dihidangkan berbau busuk sehingga membuatkan pelanggan lari.

Lebih dahsyat apabila Mohammad Amirul Alif Zakri, 28, mendakwa menemui kepala ayam di sekitar kedainya sejak awal tahun ini dan premis berbau busuk sebaik masuk waktu Maghrib.

Pemilik restoran Double A Station itu memberitahu, kedainya sentiasa dipenuhi pelanggan hingga melimpah ke luar sejak aktiviti dine-in dibenarkan Oktober tahun lalu.

Namun katanya, sejak akhir-­akhir ini pelbagai peristiwa tidak masuk akal berlaku hingga membuatkannya mengalami kerugian besar akibat kehilangan pelanggan.

“Buntu saya memikirkan apabila stok makanan seperti daging dan ayam segar dipenuhi ulat. Saya juga mengalami pelbagai situasi ganjil dan menerima pelbagai aduan daripada pelanggan.

“Saya bukan mahu menuduh sesiapa tetapi hanya ingin mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Sudah banyak ikhtiar dilakukan termasuk berjumpa lebih 12 ustaz untuk memulih dan merawat keadaan di restoran, namun belum berhasil,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo!.

Bagaimanapun menurut Mohammad Amirul, keadaan di restorannya bertambah parah dan lebih banyak perkara ganjil berlaku sehingga ramai yang mendakwa melihat kedainya ditutup walhal dibuka setiap hari sejak dia berjumpa ustaz-ustaz tersebut.

Tambahnya, selain itu, dia ada memanggil pelajar tahfiz untuk membuat tahlil di restorannya dan berharap ada ustaz yang dapat membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya risau bagaimana mahu mendapatkan semula kepercayaan pelanggan yang sudah hilang akibat termakan makanan yang didakwa berbau busuk dan berulat,” katanya.

Ujar Mohammad Amirul, ekoran kejadian itu, ramai pe­langgan melemparkan tuduhan bahawa dia dan pekerjanya tidak menjaga kebersihan dan memasak stok lama sebagai hidangan.

“Hanya Allah yang tahu apa yang saya lalui dan rasa. Saya harap keadaan kembali seperti biasa kerana saya perlu menanggung 27 pekerja untuk meneruskan hidup,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN