fbpx

Laporan AEFI vaksin Covid-19: majoriti tak serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majoriti laporan yang diterima berhubung kesan advers susulan imunisasi (AEFI) melibatkan vaksin Covid-19 adalah tidak serius dengan kebiasaannya akan pulih dalam masa satu hingga dua hari.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, berdasarkan laporan sehingga 18 Februari lalu, angka tersebut melibatkan 23,453 laporan AEFI atau 93 peratus daripada jumlah keseluruhan 25,211 laporan AEFI yang diterima.

“Kes-kes tidak serius itu ialah demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan, merupakan antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, terdapat 1,758 laporan (bersamaan kadar 27 laporan bagi setiap sejuta dos) yang dikategorikan sebagai AEFI serius,” pada taklimat bersama media berhubung AEFI Covid-19 menerusi zoom di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 25,211 laporan AEFI diterima menerusi Sistem Pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), 1,186 laporan melibatkan dos penggalak dan 37 laporan bagi penerima vaksin golongan kanak-kanak lima hingga 11 tahun.

“Kesemua pelaporan ini perlu menjalani proses siasatan. Pelaporan AEFI melalui Sistem AEFI NPRA ini secara keseluruhannya direkodkan pada kadar 383 laporan bagi setiap sejuta dos,” ujarnya.

Mengenai AEFI dalam kalangan penerima dos penggalak, Dr. Roshayati berkata, sebanyak 87 laporan AEFI atau 7.34 peratus daripada jumlah 1,186 laporan AEFI diterima diklasifikasikan sebagai serius, bersamaan kadar 6.3 laporan bagi setiap juta dos.

Katanya, pelaporan AEFI berjumlah 1,186 tersebut bersamaan kadar 86 laporan bagi setiap sejuta dos dan ini lebih rendah daripada kadar keseluruhan pelaporan AEFI (383 bagi setiap sejuta dos). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI