fbpx

52, seorang remaja dicekup dalam Ops Sarang Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA individu yang ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang Khas di lokasi tumpuan khususnya di Felda hari ini.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Seorang remaja bawah umur berusia 17 tahun antara 52 orang ditahan dalam serbuan Ops Sarang Khas membabitkan empat lokasi tumpuan khususnya di kawasan Felda di daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kesemua individu yang ditahan melibatkan tiga wanita dan 49 lelaki berusia antara 17 hingga 60 tahun.

“Remaja berkenaan mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika di awal remaja namun selepas berhenti sekolah dia mengambil keputusan untuk terus melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah sehingga sekarang.

“Hasil soal siasat awal mendapati remaja berkenaan mula terbabit dalam penagihan dadah ketika berusia 14 tahun dan terpaksa bekerja di kebun-kebun untuk mendapatkan wang bagi memperoleh bekalan dadah dan meneruskan aktiviti penagihannya,”katanya dalam sidang akhbar Ops Sarang Khas di perkarangan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, operasi itu dilakukan bagi menggempur sarang-sarang pengedar dan penagih dadah yang dilihat semakin berleluasa di kawasan-kawasan tanah rancangan Felda.

Katanya, tumpuan operasi kali ini membabitkan ‘pot-pot’ di kawasan Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan, Felda Bukit Sagu dan Felda Panching Utara dan serbuan dari rumah ke rumah.

“Hasil daripada operasi itu, pihak polis berjaya menahan dua orang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya jenis pil WY dan syabu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori.

“Seramai dua orang ditahan mengikut Seksyen 39A (1) ADB 1952 kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu dan seorang individu lagi turut memiliki dadah yang sama mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952 manakala 10 individu ditahan mengikut Seksyen 12(2) akta sama.

Tambahnya bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dengan memasukkan dadah ke dalam badan, seramai 29 individu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, dan lapan tangkapan membabitkan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana disyaki memiliki cecair ketum. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI