fbpx

Hospital kesan waris lelaki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak hospital mengesan keluarga mendiang Choon Wan.

SEBERANG PERAI – Pengurusan Hospital Sungai Bakap (HSB) di Nibong Tebal di sini sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki warga tempatan yang meninggal dunia akibat sindrom koronori akut berkaitan Covid-19 sejak tiga hari lalu.

Menurut jurucakap HSB, lelaki warga emas berusia 64 tahun itu, Teoh Choon Wan yang beralamat di No. 21, Lebuh King di George Town dekat sini itu pada mulanya telah menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 3 November tahun lepas.

Katanya, lelaki itu kemudian dipindahkan ke HSB sejak 26 November lalu untuk menerima rawatan lanjut.

“Setelah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu, polis telah pergi ke alamat rumah warga emas tersebut namun rumah itu didapati kosong.

“Pemeriksaan lanjut yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga gagal menemui sebarang maklumat berkaitan ahli keluarga atau waris kepada si mati buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI