fbpx

Pemilik kedai maut dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang wanita yang juga pemilik kedai menjual peralatan rumah maut dikelar di sebuah premis perniagaan di Jalan SP 2/2 Serdang Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 7.25 petang berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di premis berkenaan.

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dipercayai dikelar pada leher.

“Mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai pemilik premis di mana tempat berlakunya kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI