fbpx

Lelaki buta jatuh longkang setinggi 22 kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lelaki terbabit selepas berjaya diselamatkan bomba dalam kejadian jatuh longkang di bawah Jambatan Saloma, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki buta terjatuh ke dalam longkang besar setinggi 22 kaki sebelum berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Jambatan Saloma, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 4.27 petang.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya bomba di lokasi menemui seorang lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai masalah penglihatan terbatas berada di tebing longkang besar terbabit,” katanya.

Susulan itu, anggota bomba bertindak menjalankan operasi menaikkan mangsa dan lelaki tersebut berjaya diselamatkan pada pukul 5.06 petang.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahu, kaki dan tangan diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI