fbpx

Libat urus semua pihak bagi laksana gaji minima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak dan sedang laksanakan libat urus dengan semua pihak termasuk golongan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia diminta untuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan hasrat gaji minima itu dipersetujui melalui pertimbangan semua termasuk majikan dan pekerja.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia telah memaklumkan pada Kabinet berhubung perkara berkenaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu.

“Dalam usaha bagi meningkatkan gaji minima, terdapat syarikat yang mampu dan ada juga syarikat khususnya skala kecil tidak mampu.

“Kita takut kalau tidak mampu, nanti retrenchment (berhentikan) pekerja, jadi akan tambah ‘number unemployment’ (pengangguran).

“Jadi sebab itu, kita minta Kementerian Sumber Manusia duduk berbincang dengan persatuan-persatuan, Cuepacs termasuk juga majikan-majikan lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI